Saturday, October 22, 2011

Assalamualaikum...

       Jam menunjukkan pukul 5:20 pagi. Ayam dah mula berkokok. Tapi mata aku masih cerah bersinar. Baru memulakan langkah dalam menyusun ayat untuk jurnal pertama aku bagi blog ini. Entah mengapa tiba-tiba aku tergerak hati untuk mencipta blog ni. Mungkinkah kerana aku memang seorang yg berminat dalam berkarya? hahaha...itu dulu. Sekarang diari pun aku tak lagi tatap. Mungkin kerana perjalanan hidup aku yang tidak terlalu berliku, jadi tak ada apa yang hendak aku coretkan sebagai ingatan di kemudian hari. 

       Baru-baru ni aku dah ke hospital Seberang Jaya untuk temujanji dengan pakar 1. Alhamdulillah dipermudahkan dengan rawatan segera. Esoknya aku melalui satu ujian x-ray (HSG) yang agak sakit sebenarnya. Setelah seminggu, aku masih mengalami simtom-simtomnya... masih terdapat kehadiran darah bersama keputihan. Kesihatan aku juga merosot teruk, 4 hari selesema bercampur batuk berkahak. hari ke-5 aku lelah dan doktor mengesahkan aku mengalami asthma. 2 hari aku diberi cuti sakit. Hari ini masih lagi selesema tetapi batuk dan lelah telah berkurangan. 



       Pada 21hb yang lalu, Mr.Suami telah menghantar specimennya ke makmal dan esok atau lusa sudah boleh mendapat keputusannya. Hanya tinggal aku yang perlu menanti tarikh 9hb November 2011 untuk kembali bertemu pakar 1. Sekiranya semua keputusan tiada halangan, aku berpeluang melalui proses IUI. Aku mengharapkan rezeki berpihak buat aku dan suami dan moga proses IUI ini membuahkan hasilnya. Sekiranya diberi pilihan, aku ingin zuriat kembar menghiasi rumah tangga yang kami bina ini.
 
DOAKAN PELENGKAP KEBAHAGIAAN KAMI HADIR MENGHIASI...